Seminar Latihan Mengajar

Seminar Latihan Mengajar

Friday, 22 May 2015

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

          Pelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini membawa suatu anjakan besar dalam pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan dalam bidang pendidikan terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini.
          Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan kepada PnP di dalam bilik darjah iaitu:
  • ·         Perubahan dari segi bentuk interaksi pelajar yang lebih interaktif dan spontan.
  • ·         Perubahan dari segi bentuk bahan pengajaran yang diprogramkan dalam bentuk multimedia.
  • ·         Perubahan dari segi aktiviti kelas yang berpusatkan pelajar tanpa berat sebelah.
  • ·         Perubahan dari segi pentadbiran kelas yang mana ia boleh dijalankan di luar waktu pengajaran atau di luar bilik darjah.
  • ·         Perubahan dari segi pembelajaran kendiri mengikiut tahap pencapaian masing-masing.
  • ·         Perubahan dari segi penilaian yang berbentuk komprehensif yang diadakan di atas talian.
  • ·         Perubahan dari segi peranan guru sebagai instruktor atau fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bila-bila masa sahaja.



          Melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam PdP, keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat dipenuhi. Oleh itu, tugas guru semakin mudah dan proses pengajaran menjadi semakin baik dan sempurna. Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

No comments:

Post a Comment