ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan
sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah,
menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari
ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya
dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang
(Robertson, 1998)
Holmes (1999),
memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru
yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran
harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru
terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
No comments:
Post a Comment