Selamat Datang ke blog Cikgu Afaf Liyana
Seminar Latihan Mengajar
Friday, 22 May 2015
PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan
sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah,
menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari
ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya
dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang
(Robertson, 1998)
Holmes (1999),
memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru
yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran
harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru
terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
PENGLIBATAN SEPANJANG DI SMK MAT KILAU
Terdapat pelbagai suka duka yang saya alami sepanjang berada
di SMK MAT KILAU. Pelbagai aktiviti yang diadakan di sekolah telah saya
sertai. Melalui aktiviti tersebut saya memperoleh pelbagai kebaikan iaitu dapat
mengetahui cara pengurusan aktiviti, dapat mengisi lapang dan mengaktifksn diri
di sekolah.
Sepanjang
berada di SMK MAT KILAU, saya merasa amat seronok kerana cikgu-cikgu di sekolah
tersebut peramah dan suka membantu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut juga
memberi kerjasama yang baik. Antara aktiviti yang pernah saya sertai antaranya
ialah menjadi juri dalam pertandingan koir dan melagukan puisi sempena hari
kokurikulum.
Pengalaman
menjadi juri merupakan pengalaman yang amat seronok dan tidak dapat dilupakan.
Selain itu, saya memperoleh banyak manfaat melalui aktiviti tersebut.
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pelbagai
perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini membawa suatu
anjakan besar dalam pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat dalam bidang
teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan dalam bidang
pendidikan terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini.
Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan kepada PnP di dalam
bilik darjah iaitu:
- · Perubahan dari segi bentuk interaksi pelajar yang lebih interaktif dan spontan.
- · Perubahan dari segi bentuk bahan pengajaran yang diprogramkan dalam bentuk multimedia.
- · Perubahan dari segi aktiviti kelas yang berpusatkan pelajar tanpa berat sebelah.
- · Perubahan dari segi pentadbiran kelas yang mana ia boleh dijalankan di luar waktu pengajaran atau di luar bilik darjah.
- · Perubahan dari segi pembelajaran kendiri mengikiut tahap pencapaian masing-masing.
- · Perubahan dari segi penilaian yang berbentuk komprehensif yang diadakan di atas talian.
- · Perubahan dari segi peranan guru sebagai instruktor atau fasilitator yang dapat membantu pelajar pada bila-bila masa sahaja.
Melalui
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam PdP, keperluan pelajar yang
mempunyai pelbagai kebolehan dapat dipenuhi. Oleh itu, tugas guru semakin mudah
dan proses pengajaran menjadi semakin baik dan sempurna. Teknologi
dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran
berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik
bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum
matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan pelajar menggunakan
teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan
menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2000).
BIODATA DIRI PANEL
AFAF LIYANA BINTI MOHD ROHAIZAD
ISMP BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER 8
PENGLIBATAN DI UNIVERSITI:
PENGLIBATAN DI SEKOLAH
ISMP BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER 8
PENGLIBATAN DI UNIVERSITI:
•FASILITATOR PROGRAM MOTIVASI “SIMBIOSIS
SEBUAH IMPIAN” SMK KALUMPANG TAHUN 2012 (FASILITATOR BITARA UPSI)
•SEKRETARIAT KEBAJIKAN KARNIVAL
KEUSAHAWANAN ZA’BA 2011
•SEKRETARIAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN
KARNIVAL KEUSAHAWANAN ZA’BA 2011.
•RAKAN EXCO KEBAJIKAN &
KEMASYARAKATAN KOLEJ ZA’BA SESI 2011/2012 DAN SESI 2012/2013
•EVENT CREW & PERFORMER IN LONGEST NON-STOP MUSICAL PERFORMANCE DECEMBER 2012
•AJK MAKANAN PROGRAM EKSKLUSIF SEKOLAH
BITARA
•AJK MAKANAN WACANA TEORI SASTERA MELAYU
ANJURAN PERSATUAN PENULIS BUDIMAN MALAYSIA (BUDIMAN) TAHUN 2013
• AJK PDI PERKHEMAHAN PANDU PUTERI SISWI
II DI SK SINARAN BUDI, RAWANG NOVEMBER 2013
•AJK MAKANAN DALAM PEMENTASAN TEATER
PASIR-PASIR DI PASIR SALAK.
PENGLIBATAN DI SEKOLAH
•PENGERUSI MAJLIS DALAM MAJLIS PERASMIAN
BULAN KEMERDEKAAN.
•PENGERUSI MAJLIS DALAM MAJLIS PENUTUPAN
BULAN KEMERDEKAAN.
•JURI PERTANDINGAN KOIR DAN MELAGUKAN
PUISI SEMPENA HARI KOKURIKULUM.
•AJK PENDAFTARAN DALAM PROGRAM KAYUHAN
MERDEKA PERINGKAT DAERAH.
•AJK KAWALAN MURID DALAM PROGRAM
QIAMULLAI CALON CEMERLANG SPM.
•PENGERUSI MAJLIS MAJLIS
MAKAN MALAM KPKPP.
•PENGERUSI MAJLIS DALAM MAJLIS ANUGERAH
KOKURIKULUM.
•PEMBANTU GURU PENASIHAT PANDU PUTERI I
•PEMBANTU PENASIHAT KELAB BAHASA MELAYU.
Subscribe to:
Posts (Atom)